Thursday, March 13, 2008

Saya mau cerita hari ini...

Ceritanya begini.

Satu bulan yang lepas, saya pergi satu rumah la. Kononnya "gathering". Semua orang sudah sampai kecuali satu keluarga. Semua pun sudah start makan la.....Lepas itu baru keluarga itu datang and Si Suami terus duduk dan makan sambil berbual dengan orang lain.


Si isteri duduk di lantai untuk suapkan si anak no.1 dan anak no.2  yang suka makan dengan slow-motion.


Semua orang pun diam tengok si suami makan slowwwwww aje...berbual senda dengan orang, dan si isteri yang lapar dan letih masih suapkan anaks-anaksnya makan. Tiba-tiba makcik si suami berkata kepada si isteri "Adoi si isteri. Kesiannya engkau. Sendiri sungguh lapar tapi masih kena suapkan anak-anak kamu makan" sambil jeling-jeling kat si suami.


Semua orang diam dan tunggu si suami untuk bangun dan tolong si isteri.

Tiba-tiba, si suami bangun dan......................................

Berjalan ke arah tempat mengambil minuman. Selepas itu, dia balik ke tempat asalnya dan minum minumannya dan teruskan makan and berbual senda.


Selepas si isteri habis suapkan anak-anaksnya makan, barulah dia ke meja untuk makan makanan yang sudah sejuk


Begitulah cerita saya hari ini.

Apa yang saya boleh katakan selepas melihat sendiri apa yang telah terjadi, saya berasa amat bertuah yang Si suami itu bukan suami saya dan saya bukan si isteri itu. Kalau itu suami saya...habis la dia. Kan?


Sekian, terima kasih.

34 comments:

  1. nasib baik gua tak ada suami macam itu!

    ReplyDelete
  2. Itu Si suami siapa? takda guna....

    ReplyDelete
  3. apa pulak ber-bm bm ni

    kalau saya ada suami macam ni ar, saya lempang dulu... siapa si suami kns ni?

    ReplyDelete
  4. Ada pernah saya nampak macam itu...lagi teruk kalau suami dan isteri terus makan dan seronok menonton TV. Tapi bayinya dijaga oleh datuk dan nenek. Meluatkan!

    ReplyDelete
  5. i baca sampai lapan mata!

    tak berapa faham la..i tak tau malay

    not that much la at least kekekekke

    ReplyDelete
  6. Memang kesian si isteri itu. Nasib baik gua punya ang pun bukan macam tu sebab hor gua punya ang yang suap anak dan gua yang seronok makan (heehee).

    ReplyDelete
  7. kalau itu suami gua, siap dia!

    ReplyDelete
  8. Ini macam punya suami tarak boleh pakai ooo.. tau bikin anak saja. Jaga anak tarak mau! Hampeh!

    ReplyDelete
  9. Ni suami pakai make-up banyak tebal eh? Muka pon super-tebal. Tak tahu nak tolong si isteri. Kasi dia satu tendangan yang hebat ke arah buah ahem dia! Baru padan dengan muka dia yang tebal (dan merah) itu! Hurhurhur!

    ReplyDelete
  10. Itu pasal lah.. kena sembahyang byk byk sebab kita dpt suami yg best best.

    ReplyDelete
  11. sasha,
    Si Suami itu memang tidak understanding langsung. Saya rasa, dia mahu buat macam, "Eh semua orang...lihatlah! Isteri saya mesti buat semua kerja. Saya relaks aje... bertuah kan? (ketawa dengan muka sombong)".

    ReplyDelete
  12. kalau saya, saya mesti tendang suami tu keluar rumah.

    ReplyDelete
  13. si suami tu memang teruk la. dia mesti pergi neraka kerana tidak sayang isterinya..err. not ur relative hor...

    ReplyDelete
  14. Mengapa lu cerita dalam Bahasa Malaysia?

    Si suami atau si isteri baca belog lu tapi mereka tak faham BM?

    Aiyah, ada banyak suami macam Si suami ini di dunia ini!

    ReplyDelete
  15. weiii ramai suami macam ni laaaa. kita aje yang lucky lah sashaaaaaaaaa

    hehehehehe. wei, damn weird la bm-bm with you

    ReplyDelete
  16. ish ish ish.. kesian isteri ya.. lain kali semua orang boycott dia baru dia paham! :-p

    ReplyDelete
  17. wakakakaka!!! wa ingat wa sudah masuk salah blog!!!

    rupa rupanya ianya blog sasha yang mau cerita sama kita dengan bm nya...

    tapi wa baca dan baca dan baca, wa rasa itu blog kalu ada bm manyak pelik tapi benar lah... ada paham kah apa wa cerita ini???

    ReplyDelete
  18. jika tu suami i..i sudah lama biatch kat dia dan malam tu i tak bagi dia...biar dia tau mati.

    ReplyDelete
  19. Cikgu Chan8:09 AM

    murid tan mei wan, bagus sekali ini karangan. nah, cikgu chan bagi bintang kali ini. lain hari cikgu nak you tulis cerita yang lagi ada ummph ok. terima kasih.

    ReplyDelete
  20. wah! 'yin leong sook tak' 'hog har yan lar'....just a reminder to myself.

    ReplyDelete
  21. speechless at the husband

    ReplyDelete
  22. kesiannya si isteri itu....
    aku pun tak faham bagaimana itu si isteri boleh terima suami sebegitu!
    panggil dia pegi mampus lah......

    ReplyDelete
  23. eh...saya ada satu kawan, dia akan ambil makanan bagi suami dan suap anaks-anaksnya! Buat macam dia ialah sekeluarga punya orang gaji! Tak ada mata tengok begitu BODOH punya perempuan!

    Kalau suami saya macam ini, saya akan satu kaki tendang dia pergi Indonesia, sebab dia boleh cari "indonesia maid" kat sana untuk jaga dia! hahaha!

    ReplyDelete
  24. Pernah nampak sudah berapa kali dahhh terutama di restoran. Kita kira nasib baik lah suami bukan macam ini. :-)

    Kalau suami macam ini, saya pun mau pengsan lor...

    ReplyDelete
  25. Kalau lain kali si XT cam ni, wa pusing sama dia punya kepala!

    ReplyDelete
  26. apasal dalam BM?? BM kelas ke?? :P

    Kesian la si isteri tu, nasib baik gua punya lou kong bukan macam tu. :D

    Hantam si suami tu

    ReplyDelete
  27. Eh...kenapa tulis dalam bahasa?
    Si Suami dan Si Isteri tidak bisa baca bahasa ke???

    ReplyDelete
  28. Wah Si suami macam ini boleh tendang dia balik 'tong san' lor.

    Ini suami manyak cilaka!

    ReplyDelete
  29. HAHAHAHA!!!! You are too damn funny!!!

    ReplyDelete
  30. people like that shouldn't have kids in the first place! Wah Sasha, your BM very ter-rer lah.

    ReplyDelete
  31. banyak suami macam itu. wonder mengapa si isteri tak mengamuk. diam aja.

    wa...u got vey good BM.

    ReplyDelete
  32. actually, sounds a bit like my husband.

    But I won't be like the si-isteri, diam diam je.. saya ni, akan jerit dia.. "Oi, saya tak payah makan ah?"

    Lelaki kadang kadang mesti sepak baru jalan.

    ReplyDelete
  33. LOL!

    Saya berasa sungguh kesian kepada isteri yang letih dan lapar itu. Kalau ia adalh suami saya memang akan teruk dia dibebel oleh saya tapi nasik baik suami saya agak rajin.

    ReplyDelete